Cogan
Kata Sekolah
PENGETAHUAN CAHAYA KEHIDUPAN
Di sekolah, pelajar mempelajari pelbagai bidang ilmu dengan secara langsung dan tidak langsung. Kepandaian dan kemahiran yang dipelajari ini diharapkan akan dapat digunakan dengan sepenuhnya oleh pelajar sepanjang kehidupan mereka. Disamping ilmu yang dipelajari secara teori dan amali pelajar dilatih juga untuk mempraktikkan nilai-nilai murni dan akhlak yang mulia. Gandingan di antara ilmu, nilai murni dan akhlak ini sudah tentu dapat menyerlahkan personaliti dan peribadi mulia dan cemerlang. Akhirnya individu tersebut mampu menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.